Friday, 30 November 2012

Camping at Pangkor Island


Assalamulaikum. Hi peeps. First of all sorry dah lama tak update blog.

Dalam feri with Tyra, Memey, Yeen, Zahira and me :)
Dalam bas dengan Zahira. Berminyak minyak muka -.- Panas sangat
Huhhh dah bersarang blog ni *sapu sawang kat blog*. Okay now nak share pasal experience camping kat Pangkor started on 24 Nov until 27 Nov 2012 yeahhh 4 hari 3 malam. At first, aku memang takmau p camping tu. Ya lahhh orang lain dah start cuti sem tapi geng Kelab Kembara ni kena p kem. By the way, aku tak suka lecturer kelab tu membebel actually. Urpss. hehe. On the first day, kami semua tunggu kat cafetaria KPM awal pagi sebab plan nak bertolak pukul 8 pagi ke jeti Marina. But kami bertolak pukul 8.40 pagi macam tu lah dari KPM, sampai kat jeti Marina sejam kemudian. Ingatkan pukul 10.30 pagi macam tu dah boleh naik feri ke Pangkor. Tunggu punya tunggu sampai 12 tengahari baru boleh naik feri. Fuhhh ! Penat gila ouhhh tunggu. Then, sampai kat jeti Pangkor amek bas pulak untuk p campsite which was Pangkor Rimba Kem. Sebelum dirikan khemah kami rehat dulu tepi-tepi pantai, menjamu mata dengan mat mat salleh yang berjemur kat pantai tu. haha. Bila lecturer semua dah sampai kat campsite kami pun dirikan khemah, set up dapur untuk memasak and kemas barang. Petang tu kami start dengan aktitivi abselling. Wuuuu best aku suka ! Tapi ada ja yang menjerit bagai. Kalau perempuan boleh tahan lagi ni lelaki bhahaha. Urpss. Sebelah malam pulak, kami buat ice breaking. Setiap group kena lukis bendera, buat cheers, moto kumpulan and kena terangkan kekuatan group. My group was Semarak Merah. Rawrrrr ! >< Haha. Aku duduk satu khemah dengan Sabrina, Hafsah, Nadiah, Diyana, dan Nana. Malam tu ramai yang tak boleh tidur sebab angin kuat sangat sangat. Rasa macam nak menangis ja T.T Ada khemah yang terbalik and ombak kuat sangat. Aku menggigil sebab tak tahan sejuk. After that hujan. Memang basah la khemah ceritanya, air masuk.
At campsite masa tunggu lecturer
Okay hari kedua pulak, awal pagi kena solat subuh berjemaah. Then persiapan diri untuk aktiviti seterusnya, kami buat senaman pagi and jogging tepi pantai. Wuuu bestnyaaa :DD  Hari kedua baru coach sampai. Before that kami main game yang fasi buat. Radio karat/radio buruk. Tapi game ni lagi mencabar sebab tak boleh cakap just guna bahasa isyarat. Bila coach sampai, kami semua get ready untuk aktiviti seterusnya. At first biasalah kena marah sebab lambat kan -.- Then dia suruh kami lari masuk laut and selam bagi basah dari atas sampai bawah. Can you imagine pakai full sport attire time tu. Berat ouhh kasut sukan penuh dengan air dan pasir. Then kami diberi tugasan ikut group macam assignment jugak lah kena jawab soalan bagai. Kami diberi masa lebih kurang sejam setengah untuk siapkan soalan tu tapi bukan kat campsite, kami kena p lapangan somewhere 3 km dari campsite. Apa lagi kena lari lah then balik pun rushing sebab nak cepat sampai. Baju yang basah tadi sampai kering -.- Petang tu pulak kami buat masakan rimba. It's easier than masakan rimba that we've done before, masa perjumpaan kelab. Macam biasa kami kena masak ayam dalam buluh, nasi dalam buluh, roti gulung dan telur. Tapi kali ni tak kena masak ikan. Eventually, bila masakan tu dah siap kami present lah kat lecturer and it was absolutely awesome. Sedap wehhh :DD
That's me tengah buat roti gulung

Hafsah and Akmal Aldin, my group members.
Ni lah ikan yang aku dapat
Dah siap semua masakan rimba, then kami belajar pulak cara-cara memancing without using joran okayy. Just guna mata kail, tali pancing and siput yang ada celah-celah batu sebagai umpan. Experience pertama memancing dalam hidup. Hoho. Tuu laa first time belajar cara ikat mata kail, cari umpan and cara nak memancing. Pancing punya pancing aku just dapat seekor ikan, and budak laki group aku tak dapat langsung. Sedih betul time tu sebab group lain dapat banyak ikan dah. Yang si Kamal pulak dok main dengan gamat eee sumpah geli dah laa besar badan lembik tapi gamat tu tak kacau orang pun -.- Time nak balik, aku tengok bekas ikan aku tetiba ada dua ekor ikan. Ehhh ! Pelik. Ouh coach tolong masukkan seekor ikan. Hee. Thanks coach :) Time malam pulak kami ada night walk and blind trail/burung hantu. Pheww jalan lebih kurang 6 km pergi dan balik. Night walk tu habis lebih kurang 12 tengah malam. Then time burung hantu as usual lah jalan tutup mata, ikat guna kain. Before I am forgotten kami tak boleh langsung pakai baju yang cerah semua kena pakai baju gelap. Kami dipisahkan dan duduk sorang sorang about 3 hours, lama kannnnn T____T Time blind trail tu jugak ada antara kami yang kena kacau dengan makhluk Allah yang nyata dan ghaib. Normal lah tu. Bagi aku, aku lebih takut night walk sebab berjalan bukak mata instead of blind trail jalan tutup mata. Bila bukak mata ni, macam-macam benda kita boleh nampak.

Dah habes blind trail apa semua dalam pukul 3.30 pagi, kami ada lah chance untuk rehat tapi bebudak group aku takdak maknanya rehat sebab kami ada duty untuk buat breakfast on the third day. So, kami continue dengan tugas kami which was made nasi lemak for 50 person. Damn ! First time tu aku masak dalam kuantiti yang banyak. Fortunately, alhamdulillah semuanya dapat disiapkan. Nasi lemak, sambal ikan bilis, ikan bilis goreng and telur rebus. Semuanya sedap :DD Siang tu pulak, kami ada aktiviti kayak, masakan rimba dan snorkling. First activity on the third day, kayak lah. Macam-macam yang kami belajar time water rafting. Seriously it was memorable. Time kami ditugaskan untuk p ke sebuah pulau, aku partner dengan Nadia Foo. Unfortunately, dah sampai tengah laut baru kami sedar yang kayak kami bocor. Air dah penuh dalam kayak time tu tunggu masa nak terbalik ja. Sumpah takut time tu ! Dengan ombak bagai T.T Nasib baik lah ada abg botak and kami mintak tolong dia dan dia suruh kami p dekat bot yang ada lecturer. Kami cepat-cepat kayak p dekat bot yang ada lecturer sebab nak mintak tolong. Then, kami naik bot tu dan patah balik untuk dapatkan kayak baru. Alhamdulillah selamat :) But, abang yang bawak bot tu gatai ! Eee miang. Okay then dia tolong ambilkan kayak baru untuk aku dengan Nadia and dia tinggal kami tengah-tengah laut. Fair lah jugak orang lain kayak jauh-jauh kami nak dekat sampai pulau tu dah. Pulau apa ntah nama, dah lupa-.-

Rehat-rehat sat kat pulau tu then kami berkayak pulak ke Coral Island. Time tu tukar partner, aku partner dengan Azli. Nadia dengan Akmal Aldin. Haha senang sikit partner dengan Azli tak penat sangat. Dah sampai pulau coral tu then kami jungle trekking untuk sampai ke pulau sebelah sana, it's the time to snorkling babehhh ! :D Fulamak penat memang penat jungle trekking tapi tak sabar nak snorkling. At first sumpah aku takut nak snorkling even kami pakai life jacket tapi still tak yakin. Aku tak berpisah dengan Tyra. Everywhere kami p mesti aku ada dengan Tyra tambah-tambah time snorkling :) Thanks Tyra dia tak tinggal aku. Bila dah dapat snorkling , Ya Allah bestnyaaa. Cantik sangat ciptaan Allah dalam laut. Time bagi makan dekat ikan memang best ! Then kami jungle trekking balik untuk buat masakan rimba dekat Coral Island tadi. Tengah set up barang apa semua tetiba ada makhluk Allah ni mai marah, tak bagi kami masak kat pulau tu. Pulau tu pulau dia jaga katanya =.= Haishhh. Kami pun balik lah dengan hati yang hampa. Time nak balik tu, ombak kuat sangat sangat sangat. Ya Allah, sumpah takut ! Even aku berkayak dengan Azli tapi still takut. Macam nak terbalik ja kayak time tu. Alhamdulillah aku dengan Azli sampai jugak kat pantai tempat kami camping. But ada yang tersesat sampai ke pulau lain. Kesian ouhhh :( Bukannya depa taktau tapi sebab tak boleh lawan arus ombak tu kuat sangat. Eventually, semuanya selamat. Alhamdulillah.

Sebelah malam pulak kami buat BBQ and Malam Kebudayaan. Time BBQ okay lah dalam pukul 10 macam tu dah siap sebab kami start awal. Sebelum makan kami kena buat reflection tentang group sendiri and setiap group kena hantar wakil untuk present. Aku wakil group aku, group 7 dan alhamdulillah semuanya okay. Yang meletihkan dan menyedihkan time kena bagi password tu meluat betul laa. Kalau password tak approve sampai bila-bila pun tak boleh makan. So shaddd :(  Dah pukul 11 malam password baru approved, 11.30 kena prepare untuk malam kebudayaan yang bertemakan kampung. Dah habes dinner group aku (7), dengan group Alpha (8) duty untuk kemas dapur. Boleh tak bayangkan kami dapat tema untuk malam kebudayaan pun time petang tu. So not enough preparation lah. Nasib baik lahh kami buat drama pasal budak kampung. Spontan habis lah time tu. Nasib baiklah menjadi jugak. Paling tak tahan group Hafiz punya drama. Melalut apa ntah sampai nak pecah perut gelak. Dah habis semua persembahan then kami kena saiko mental pulak dari coach, lecturer and fasi. Perghh ! time tu memang dasyat. Semua orang nak maki hamun ja time tu. Panjang pulak kalau nak ceritanya pun. Hehe. Okay at last depa just nak celebrate birthday Afham, Nasrul dengan Adilah sebab birthday bulan 11. But me and Cha not including. Sedih tahu. Huhu. After that, kami dapat soalan assignment. The assignment need to be settled by tomorrow before 1.30 p.m. Pheww dah laa time tu pukul 3 pagi dah. Kami tak tidur lagi wehh. Dekat 4.30 pagi macam tu baru boleh tidur. Krohhh krohh.

Okay on the fourth day. Sedap sedap kami lena tetiba semua kena marah. Dikejutkan secara mengejut >< Semua kena beratur cepat-cepat and tinggal semua handphone or barang berharga kat khemah. Semua orang pelik lah dah la awal pagi subuh pun tak masuk lagi -.- Then anak coach, fasi kami jugak lah dia suruh kami lari masuk dalam laut and selam bagi basah semua. Time tu hanya Allah ja tau betapa sakitnya hati. Kalau siang takpa la jugak, acceptable. Ni pagi pagi buta air sejuk ya amat ! menggigil aku. Then kami diberi masa untuk persiapan diri, buat breakfast apa semua. Sempat jugak lah aku mandi pagi tu kalau tak bau air masin ja kat badan -.- Dah habis breakfast dalam pukul 9 pagi macam tu, kami get ready untuk keluar dari campsite and siapkan assignment. Before that, kami kemas dulu semua barang-barang yang ada dalam khemah. So balik nanti tak laa teruk sangat nak kemas. Group aku combined dengan group 8 untuk sewa van masa buat assignment tu. Kami kena cari sejarah pulau pangkor, peta, cari maklumat pasal kilang satay, tempat-tempat menarik dan bersejarah kat pangkor, peratusan sumber ekonomi and macam-macam lah. Group aku dengan group 8 sewa van pelancong sebab van tu muat untuk 10 orang, so cukup lah untuk group kami. Nasib baik la pakcik van tu baik. Dia cerita lah macam-macam pasal Pangkor ni. So dia lah jadi bukti kami temuramah.
Ni lah driver kami pakcik Jamal Husni

Sg Pinang Kecil, dalam perjalanan ke kilang satay ikan
Pakcik Jamal Husni bawak kami ke kilang satay ikan, Balai Polis berdekatan, Taman Fuu Ling Kong, Batu Bersurat (Historical Rock), Kota Belanda dan pekan Pangkor. Fuhh majoriti penduduk Pangkor ni Cina. So setiap tempat yang kami sampai kena interview penduduk setempat lah, amek gambar bagai sebab nak complete kan maklumat based on question given. Lapar, penat semua ada tapi time tu tak ingat dah semua tu, ingat nak siapkan assignment ja. Okay kat bawah ni gambar gambar kami :

Batu bersurat (Historical rock)

Our group at Kota Belanda

Pekan Pangkor

Me and Cha at Taman Fuu Ling Kong somewhere in Pangkor Island

Balai Polis Sg Pinang Kecil

Taman Fuu Ling Kong

Kerja memproses satay ikan

Kilang satay ikan hai seng hin
Bila dah siap semua tugasan, kami cepat-cepat cari Cyber Cafe untuk siapkan assignment tu. Unfortunately ada satu CC ni tapi tak boleh print gambar berwarna. So we've decided untuk cuci semua gambar tu lah. Fuhh rushing memang rushing lah then cari Cyber Cafe tadi balik nak siapkan assignment. Haa before that, kami p Galeri kat Pangkor tu sebab nak cari sejarah apa semua tapi Galeri tu tutup T.T Nak mudahkan keja apa lagi, google je laa then copy paste. hehe. Print assignment, lekat gambar then binding. Siap ! Lepas tu rushing pulak nak balik campsite. Alhamdulillah semuanya okay :) Group aku and group 8 sempat hantar. Then, kami kemas barang-barang, kemas khemah before balik Seri Iskandar. Majlis penutup as usual lah mesti ada. Group aku dapat group terbaik, and peserta terbaik lelaki, Akmal Aldin dari group aku jugak :) Peserta terbaik perempuan, Sakinah. Terharu gila lah bila dapat the best group but I'm wondering why :O Then abg botak explain kenapa kami dapat group terbaik. Dia kata group kami bekerjasama, saling membantu, ringan tulang, tak selfish, tepati masa, tak pernah berpisah and so on lahh. Muahahah terharu :DD Alhamdulillah menang jugak.
Okay ini gambar semua ahli Kelab Kembara. Sangat memorable :')
Kegilaan melanda sebelum bertolak ke jeti Pangkor
Dah siap kemas barang semua, then kami bertolak la pulak ke jeti Pangkor then dari jeti Marina pulak naik bas ke KPM Seri Iskandar. On the way nak balik SI, time dalam bas tu hampir semua orang tidur. Sunyi sepi ja bas yang aku pulak boring sorang sorang -.- Sampai SI time maghrib and I'm waiting for Hanis about 2 hours. Akhirnya dia sampai jugak dan amek aku kat KPM tu.

All the moments have been captured in my heart <3
 LOVE YOU ALL, GUYS !!

No comments:

Post a Comment