Assalamualaikum.
Mungkin pagi ini pagi yang indah buat orang lain, tapi tidak buat aku dan mak. Ya Allah, rasa luluh sangat hati ini. Kucing yang aku sayang pergi buat selamanya. Saat-saat terakhir sebelum Sara tinggalkan dunia ini, dapat aku tengok dengan mata sendiri. Saat Malaikut Sakratul maut datang, Astaghfiruallahalazim. . .
Hanya air mata aku dan mak yang mengiringi permergian Sara. Hiba tak terkata. Pukul 6 pagi, mak masuk bilik aku, bagitau yang Sara dah menggelupur. Dia dah nak pergi. Aku terkejut sangat-sangat. Bangun dengan segera, dah tak fikir pasal benda lain. Terus pergi tengok Sara. Saat tu, Sara memang dah tak kuat. Tangan aku dan mak, hanya mengusap kepala dan badannya. Aku tahu, dia akan meniggalkan kami. Dalam hati, sedih sangat. Tapi aku kena redha. Allah lebih sayangkan dia.
Pukul 6.15 pagi, suara Sara dah tak kedengaran. Nafas dia pon dah berhenti. Saat Sara dah tak bernyawa, air mata aku dan mak turun dengan lajunya macam air terjun. Tak dapat aku bayangkan betapa sedihnya hati mak sebab mak yang rajin bagi makan, basuh kencing berak, bagi mandi, dan uruskan kucing-kucing yang lain. Mungkinkah ini ujian bagi kami terutama mak aku, Ya Allah ? Setakat ini, bukan hanya Sara yang pergi tinggalkan dunia ini. Dah lebih dari 4 ekor kucing kesayangan mak aku tinggalkan kami semua satu-persatu.
Petot, hilang sejak kecil. Panjang, dia kena kurap. Walaupun mak aku dah bagi ubat dan jumpa veterina untuk rawatan tapi kurap dia tak boleh sembuh juga. Akhirnya, dia tinggalkan kami. Ketot, kucing yang kami hantar balik kampung, mati dalam kebun belukar. Kemudian, Tuah (Wawah) pon tinggalkan kami semua. Yang menyedihkan, keadaan Wawah sebelum dia meninggal sama seperti Sara. Sara dan Wawah sakit disebabkan cacing tetapi mak aku dah berusaha memberi ubat cacing. Apa-apa pon, kami kena redha. Tam pulak, mati disebabkan abah aku sendiri. Abah aku terlanggar dia semasa bergegas nak pergi kerja. Masa tu, aku ada kat asrama. Ya Allah, pilu sangat hati ini sebab aku tahu dia tinggalkan kami dengan keadaan yang sangat menyedihkan. Tak dapat aku bayangkan, sebab Tam amat manja dengan aku. Lepas tu, Tompok pula hilang entah ke mana. Sampai seminggu tak balik rumah. Akhir sekali, Sara meninggalkan kami semua subuh tadi. Sekarang hanya tinggal 6 ekor kucing dalam jagaan kami.
Mak asyik salahkan diri sendiri. ''Mak, ni bukan salah mak. Allah lebih sayangkan Sara. Mak kan dah berusaha bagi ubat, tapi nak buat macam mana. Kita hanya mampu merancang, mak '' Mak dah fobia nak bela kucing sebab takut nanti terlebih sayang. Lepas tu, susah nak terima kalau perkara macam ini terjadi lagi. Sehingga saat terakhir sebelum Sara tiada, mak sempat titiskan air dalam mulut Sara. Adik aku tak tahu lagi Sara dah tiada, sebab dia berada di sekolah sekarang.
Mak sayang sangat-sangat dekat Sara sebab dia satu-satunya kucing betina selain ibu dia. Sara ni baik, baik sangat-sangat macam Wawah. Bulu lembut, ekor kembang. Warna kelabu, unik kan ? Hari ini, genap umur Sara 6 bulan. Tapi nak buat macam mana Allah yang tentukan. Kita tak mampu menghalang saat Malaikat Sakratul maut datang menjemput.
No comments:
Post a Comment