Wednesday, 9 May 2012

Form 6. Orientation week-Day 1 & Day 2.

Lalalala. Assalamualaikum and Hi ! Just nak update pasal form 6 life kat Ibrahim . I mean new form 6 students life. I am the one who is including as form 6 student. Haa, ni request MXNA sebenarnya. Hihi. Lagipon memang nak update pasal form 6, cuma tangan ni malas menaip =.=

Day 1

Sampai sekolah pukul 8 lebih macam tu, aku tunggu Mizah dengan Leen untuk pendaftaran. Tapi depa mai lambat. Nasib baik jumpak Bella, Sybil and Wani Sam :D Ohmaiii lega. Ex-Ibrahimians yang masuk form 6 aku, leen, mizah, bella, sybil, wani sam, fairus, mahirah, mimi, kucot, ris, aiman, danish, shamil, afi, fitree and some of chinese and indian guys. Yang ni je la yg aku ingat. Lepas pendaftaran cikgu, bagi taklimat pasal sistem baru form 6 tahun ni. Form 6 teachers mintak Ex-Ibrahimians ajaq student-student baru lagu SMKI. Haha. Macam lawak ja. Aiman volunteer ooooo.

Form 6 tahun ni dah mula sistem semester. Belajar 3 sem. Ada exam dan kena buat assignment macam kat Uni/Matrik. Plus, start tahun ni ada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) macam kat Universiti gituuuu :D STPM dah tukar jadi STPM baharu. Then, Cikgu Aton suruh kami semua cari kawan baru yang tak kenal lagi and berkenalan dengan depa. Dia panggil nama randomly, pastu suruh kita cerita pasal kawan baru kita =.= Alaa macam orientasi form 1 asrama jek. Memang nampak senang, tapi bukan semua berani nak p depan, naik atas pentas, cakap dengan spontan. Btw, Ex-Sungai Layar yang masuk form 6 ramai gilooo O.o

Ada sorang guy ni, dengan spontan dan beraninya dia cerita pasal kawan baru dia. Semua orang macam Awwww :') Awesome lah dia. Smart pon smart. Alahaiiiii ~ cayaq sat. Hikhok. Okay okay, back to the story. Time budak laki tu dok cakap kat depan, budak-budak Sungai Layar dok sembang kata bekas Ketua Pengawas (KP) depa. Firdaus. No wonder la berani ~

Day 2

Sampai sekolah awal-awal pagi ada perhimpunan macam biasa lerrr ~ First perhimpunan form 6 2012 wooo ! Lepas tu, kami masuk dewan yang tersergam indah tu- Dewan Tunku Ibrahim -.-'
Haa lupa pulak, kemarin Cikgu Aton ada suruh Firdaus tu cakap kat depan and hari ni dia tak prepare apa- apa langsung. Tapi dengan spontannya dia cerita pasal Handphone ; keburukan, kebaikan dan pengalaman dia. Muka tak nervous langsung. Sumpah Cikgu Aton sayang ! Baru ja mai kemarin, dah hot ^^

Pastu Cikgu Aton mintak Ex-Ibrahimians pi ajaq pelajar-pelajar baru lagu SMKI. Setiap sorang Ex-Ibrahimian kena p ajaq depa. Buat aa satu group, berapa orang pon takpa. Jadi cikgu muzik lah tadi ;) Ehek. Ajaq senikata, nada lagu apa semua. Haha. Nasib baik ingat lagi lagu sekolah. *Pheww. Then, MENTOR dengan PROTEGE kena nyanyi ramai-ramai kat depan. Group by group, nak combined group pon takpa time nyanyi tu.

Hari ni kami kena dengaq kempen ja banyak. Act, form 6 upper tengah bertanding untuk MPP. Nak merebut jawatan segala bagai macam kat Universiti tu lah. Next year would be our turn pulak. This year is the very fisrt time SMK Ibrahim tubuhkan MPP macam kat Universiti. Seriously, boleh dikatakan hari ni banyak menghabiskan masa dengan kempen-kempen depa. But it was not bad, quite good. Form 6 kena undi form 6 upper lah sapa yang betul-betul layak untuk setiap jawatan yang dipertandingkan.

Macam-macam lah manifesto yang depa sampaikan untuk tarik minat kami. Seriously rasa macam Pilihanraya sebenar =.= Btw, Cikgu Aton pon kata ni lah sistem SPR yang sebenar. Tadi baru penamaan calon. Haiyaaa. Esok ada lagi kempen, Ahad ni baru mengundi. Eh ! rasa macam nak mengundi betul pulak -.- Lepas tu, Cikgu Aton ada tanya sapa nak jadi MC Hari Guru nih. Laki, Cikgu Aton dah pilih seksiap. Firdaus. Time perempuan Mizah cadangkan aku. Aaaaaaa ! Okay kena jadi MC pulokkk. Malas nak buat text -____- Btw, bergandingan dengan Firdaus tuuuu :D Ahaks.

Dah habis sesi kempen apa semua, Cikgu Aton suruh kami buat group. At least ada 10 orang macam tu dalam satu group. Then dia suruh diskus aa plan nak buat apa untuk perform esok. Amagads !! Nak perform macam mana taktau lah. Practice pon tak buat apa lagi. Dia tak kisah kalau kita nak buat dikir, koir, sketsa or apa-apa ja lah. Asalkan perform ikut group and the best group akan perform untuk Hari Guru.

Ada lagi 2 minggu nak tunggu orientasi habis -.-

Thursday, 3 May 2012

Sara pergi buat selamanya :(

Assalamualaikum.

Mungkin pagi ini pagi yang indah buat orang lain, tapi tidak buat aku dan mak. Ya Allah, rasa luluh sangat hati ini. Kucing yang aku sayang pergi buat selamanya. Saat-saat terakhir sebelum Sara tinggalkan dunia ini, dapat aku tengok dengan mata sendiri. Saat Malaikut Sakratul maut datang, Astaghfiruallahalazim. . .

Hanya air mata aku dan mak yang mengiringi permergian Sara. Hiba tak terkata. Pukul 6 pagi, mak masuk bilik aku, bagitau yang Sara dah menggelupur. Dia dah nak pergi. Aku terkejut sangat-sangat. Bangun dengan segera, dah tak fikir pasal benda lain. Terus pergi tengok Sara. Saat tu, Sara memang dah tak kuat. Tangan aku dan mak, hanya mengusap kepala dan badannya. Aku tahu, dia akan meniggalkan kami. Dalam hati, sedih sangat. Tapi aku kena redha. Allah lebih sayangkan dia.

Pukul 6.15 pagi, suara Sara dah tak kedengaran. Nafas dia pon dah berhenti. Saat Sara dah tak bernyawa, air mata aku dan mak turun dengan lajunya macam air terjun. Tak dapat aku bayangkan betapa sedihnya hati mak sebab mak yang rajin bagi makan, basuh kencing berak, bagi mandi, dan uruskan kucing-kucing yang lain. Mungkinkah ini ujian bagi kami terutama mak aku, Ya Allah ? Setakat ini, bukan hanya Sara yang pergi tinggalkan dunia ini. Dah lebih dari 4 ekor kucing kesayangan mak aku tinggalkan kami semua satu-persatu.

Petot, hilang sejak kecil. Panjang, dia kena kurap. Walaupun mak aku dah bagi ubat dan jumpa veterina untuk rawatan tapi kurap dia tak boleh sembuh juga. Akhirnya, dia tinggalkan kami. Ketot, kucing yang kami hantar balik kampung, mati dalam kebun belukar. Kemudian, Tuah (Wawah) pon tinggalkan kami semua. Yang menyedihkan, keadaan Wawah sebelum dia meninggal sama seperti Sara. Sara dan Wawah sakit disebabkan cacing tetapi mak aku dah berusaha memberi ubat cacing. Apa-apa pon, kami kena redha. Tam pulak, mati disebabkan abah aku sendiri. Abah aku terlanggar dia semasa bergegas nak pergi kerja. Masa tu, aku ada kat asrama. Ya Allah, pilu sangat hati ini sebab aku tahu dia tinggalkan kami dengan keadaan yang sangat menyedihkan. Tak dapat aku bayangkan, sebab Tam amat manja dengan aku. Lepas tu, Tompok pula hilang entah ke mana. Sampai seminggu tak balik rumah. Akhir sekali, Sara meninggalkan kami semua subuh tadi. Sekarang hanya tinggal 6 ekor kucing dalam jagaan kami.

Mak asyik salahkan diri sendiri. ''Mak, ni bukan salah mak. Allah lebih sayangkan Sara. Mak kan dah berusaha bagi ubat, tapi nak buat macam mana. Kita hanya mampu merancang, mak '' Mak dah fobia nak bela kucing sebab takut nanti terlebih sayang. Lepas tu, susah nak terima kalau perkara macam ini terjadi lagi. Sehingga saat terakhir sebelum Sara tiada, mak sempat titiskan air dalam mulut Sara. Adik aku tak tahu lagi Sara dah tiada, sebab dia berada di sekolah sekarang.

Mak sayang sangat-sangat dekat Sara sebab dia satu-satunya kucing betina selain ibu dia. Sara ni baik, baik sangat-sangat macam Wawah. Bulu lembut, ekor kembang. Warna kelabu, unik kan ? Hari ini, genap umur Sara 6 bulan. Tapi nak buat macam mana Allah yang tentukan. Kita tak mampu menghalang saat Malaikat Sakratul maut datang menjemput.